Tahukan anda gunung krakatau di selat
sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan
pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak
krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.
Maklumat tentang gunung berapi yang tumbuh
dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati letusan gunung berapi yang
sangat besar di dasar laut akibat celah panjang yang berada pada kedalaman 2500
meter di bawah permukaan laut. Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair
lava berkumpul dan kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di
permukkan laut dan akan memanaskan air secara drastik.
Para saintis mengenal pasti letupan
tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu tertentu, bahkan bagi
siapa yang memantau gunung berapi ini beserta letusan gunungnya terasa seperti
terbakar di depan laut yang tidak akan padam.
Terdapat beberapa retakan yang
memyelubungi dasar lautan dan di dalam laut terdapat celah-celah kerak bumi dan
dimana cairan magma memancut keluar dari perut bumi. Jelas keadaan laut pada
ketika itu seperti dibakar oleh kepanasan lava tersebut. Seperti telah
disebutkan dalam Al-Quran, sewaktu Allah swt berfirman dengan Laut-Nya yang
terbakar (menyala), Firman-Nya:
"Demi laut yang
penuh gelombang," [QS. At-Tuur: 6].
Jika benar Al-Quran
adalah produk budaya manusia di Zaman munculnya, sejaka empat belas Abad lalu
Ummat manusia hanya menyakini berbagai legenda, mitos-mitos yang jauh dari
fakta ketika berbica tentang misteri Laut, tetapai kitab suci Al-Quran dengan
segala bukti Ilmiah sama sekali bersih dengan hal-hal demikian, tidak lain
kerana Al-Quran diturunkan oleh Sang Maha Mengetahui.
Jika seseorang bertanya tentang misteri
kewujudan retak tersebut, mengapa Allah swt menciptakan bumi dengan begitu
banyak retakan? Jawabanya jika seandainya bumi ini hanya sebuah planet tanpa
retakan maka reaksi panas Bumi akan tertahan di bawah sehingga akan mencetuskan
Letupan besar yang menghacurkan keseluruhan planet ini.
Maka dari itu mungkin boleh dikatakan
bahawa keretakan itu adalah celah pernafasan bagi Bumi kita, darinya keluar
beban, suhu panas dan tekanan jika berlebihan. Atau ibarat injap keselamatan
yang menjaga kestabilan dan keseimbangan bumi.
Sesungguhnya fakta tentang lautan yang
diluahkan atau البحر المسجور sudah diyakini
kepastiannya dan kita sekarang boleh melihat lava di dasar laut yang terpancar
dan memanaskan air Laut. Hakikat ilmiah ini tidaklah diketahui hingga
berlalunya bepuluh-puluh Abad setelah diturunkannya Al-Quran. Bagaimana boleh
pengetahuan tersebut ada dalam Quran dan siapakah yang membawanya pada waktu
itu?
Sesungguhnya Allah swt yang Maha
mengetahui segala yang tersembunyi dan yang memberitahu kita tentang nyala Api
dalam Lautan dan menjelaskan tentang laut di masa depan ketika api semakin
menyala:
"Dan apabila
lautan dijadikan meluap," (QS. At-Takwir: 6).
Kemudian hari di mana Lautan meletup:
"Dan apabila
lautan dijadikan meletup," (QS. Al-Infihaar: 3).
Di sini kita mencari sebuah kaedah baru
Al-Quran dalam membuktikan fakta-fakta ilmiah di masa depan, sama seperti laut
yang kita lihat pada masa ini yang mana mencetuskan hanya beberapa peratus.
Pada masa akan datang dimana perut bumi mengeluarkan semua beban-bebannya dan
kemudian meletup, inilah bukti ilmiah tentang kebenaran hari kiamat.
"Dan bumi
mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya," (QS.
Al-Zilzal: 2).
Para saintis berpendapat bahawa terdapat
beberapa retakan dibahagian dasar laut yang dipenuhi dengan batuan magma yang
sangat panas, maka dari itu Allah swt berfirman bahawa Siksaan Api Neraka-Nya
benar-benar nyata:
"Dan laut yang di
dalamnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi ......" (QS.
At-Thuur :6-7).
0 komentar:
Posting Komentar